Cara Hantar Gambar Whatsapp Supaya Tidak Pecah

Anda yang singgah ke sini pastinya tercari-cari cara menghantar gambar yang diambil melalui kamera henfon kepada rakan anda melalui Whatsapp agar tidak pecah bukan? Sememangnya inilah yang sering menjadi isu sejak dari dulu. Kita tidak dapat elakkan gambar yang kita hantar secara direct itu akan dicompress oleh aplikasi chat ini, dan segala EXIF data (data tentang jenis smartphone, lokasi, dan sebagainya) akan dibuang. Hal ini bagi mengurangkan penggunaan data internet anda(semasa proses menghantar dan menerima) dan dalam masa yang sama untuk menjaga privasi anda.

Sebenarnya pihak Whatsapp sudahpun memperkenalkan cara untuk menghantar gambar melalui aplikasi ini agar pihak yang menerimanya mendapat kualiti gambar yang baik. Caranya mudah sahaja:

  1. Buka aplikasi Whatsapp
  2. Tekan dot 3 pada bahagian atas paling kanan
  3. Tekan settings
  4. Tekan pula pada Storage and data.
  5. Scroll sedikit ke bawah. Pada bahagian, Media upload quality > Photo upload quality > Pilih best quality dan tekan ok.

Kaedah ini terkadang sudah cukup kerana gambar yang dihantar sudah lebih baik dari kebiasaannya. Namun bagi anda yang betul-betul inginkan gambar yang original tanpa di compress oleh aplikasi ini, anda perlulah mengikuti tutorial yang akan kami ajarkan di bawah ini.

Update terbaru. Gambar kini boleh dihantar dalam format HD, dan resolusi lebih terang daripada biasa. Walaupun ianya tidak menggunakan resolusi penuh gambar, tapi bagi saya sendiri ianya sudah memadai. Pilih gambar dan pilih HD di di atas. Ada keluar 2 pilihan, pilih yang HD Quality. Lihat contoh di bawah:

hantar gambar HD whatsapp

Hantar Gambar Whatsapp Tidak Pecah

  1. Pertama, buka aplikasi Whatsapp anda, dan terus ke mana-mana penerima yang anda ingin hantarkan gambar. Kemudian klik, pada icon klip kertas seperti di dalam gambar ini.
  2. Kemudian, pilih Document.
  3. Seterusnya tekan pada Browse other docs…
  4. Selanjutnya tekan hamburger icon pada sebelah kiri itu.
  5. Pilih images.
  6. Dan klik pada folder Camera. Contoh yang saya gunakan ini adalah smartphone dengan brand Samsung. Jika berlainan brand, mungkin berlainan juga foldernya, antara yang biasa kita lihat seperti DCIM dan sebagainya. Anda juga boleh pilih folder Download jika gambar yang ingin anda hantar adalah yang anda muat turun dari internet, dan begitulah seumpamanya.
  7. Setelah selesai memilih gambar yang ingin di hantar bolehlah tekan icon send seperti ini. Dan penerima anda akan menerima gambar dalam saiz yang penuh seperti yang berada di dalam smartphone anda.

Jadi, begitulah serba sedikit dan cara ringkas tentang cara hantar gambar whatsapp tidak pecah seperti yang dicari banyak orang. Selain dari cara yang saya ajarkan ini, masih terdapat banyak cara untuk menghantar gambar secara saiz penuh kepada penerima, antaranya email, upload ke cloud storage dan dikongsikan linknya, dan banyak lagi. Cuma yang saya ajarkan ini semata-mata menggunakan platform aplikasi chat ini sahaja. Baiklah, jika anda mempelajari sesuatu yang baik dan berkesan dari perkongsian saya pada kali ini, janganlah segan silu untuk share tutorial kami ini kepada yang lainnya dengan menekan mana-mana button share dibawah. Sekian, terima kasih.

P/S: Lupa untuk saya ingatkan bahawa tutorial ini untuk pengguna Android sahaja okay.

Kongsikan Post Ini