1 Kaki Berapa Meter & 1 Meter Berapa Kaki (Kalkulator Tukaran)

Saban hari kita sering diajukan dengan persoalan 1 kaki berapa meter atau 1 meter berapa kaki? Ini membuat kita naik pusing nak kira macamana kalau belum dihafal formula penukarannya. Maklumlah dalam kehidupan seharian kita perlukan ukuran untuk sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh:

  • Nak ukur kain yang dipotong dari kayu
  • Nak ukur saiz almari
  • Nak ukur tikar getah untuk sesebuah bilik atau ruang tamu.
  • Nak ukur ruang untuk muatkan peti dan mesin basuh.
  • Nak ukur bilangan mozek yang diperlukan dalam proses memasang mozek.
  • dan banyak lagi. Sebab itulah soalan ini sering diajukan dalam kalangan kita antara satu sama lain.

1 Kaki Berapa Meter Sebenarnya?

1 kaki ialah bersamaan dengan 0.3048 meter atau jika ditukar ke dalam unit inci ianya adalah 12 inci. Dengan mengetahui formula tukaran, anda tetap perlu menggunakan kalkulator bukan? Baiklah untuk memudahkan kerja anda, saya sediakan kalkulator penukaran automatik dari kaki ke meter dan dari meter ke kaki.

Kalkulator Penukaran Kaki Ke Meter dan Meter ke Kaki




Jadi senanglah kerja anda nak buat kiraan nanti. Bahkan akan menjimatkan banyak masa anda. Seperti kata pepatah, masa itu emas. Namun dalam kemudahan seperti ini anda tetap perlu hafal formula tukarannya kerana anda mungkin memerlukan juga untuk tukaran secara manual pada masa-masa akan datang. Siapa tahu kan? Apapun, jika anda beroleh sesuatu yang bermanfaat dari tool tukaran dan maklumat yang sediakan disini, silalah share kepada rakan, dan keluarga anda atau sesiapa sahaja yang sering mengajukan soalan 1 kaki berapa meter kepada anda. Sampai disini sahaja, sekian terima kasih.

Kongsikan Post Ini