Cara Kira BMI Badan (Kalkulator BMI Malaysia)

BMI. Apa itu BMI? Dalam bahasa Inggeris BMI ialah ringkasan bagi Body Mass Index. Jika dialih bahasa, ianya bermaksud indeks jisim badan. Apa itu pula indeks jisim badan? Ianya merupakan kadar berat sesorang berbanding ketinggiannya. Berikut merupakan formula dan cara mengira BMI anda.

formula BMI

Kalkulator BMI Malaysia

Jika ingin lebih senang, anda boleh menggunakan kalkulator pengiraan BMI secara online di bawah.



Kesimpulan hasil dari keputusan BMI anda

  • Jika ianya dibawah 18.5 bermaksud anda adalah kategori orang yang kekurangan berat. Atau lebih tepat lagi berat anda tidak ideal dengan ketinggian yang anda miliki.
  • Jika keputusannya sekitar 18.5-24.9 maka anda mempunyai kadar berat yang ideal atau sihat.
  • Jika ianya 25-30 ianya bermaksud anda terlebih berat.
  • Manakala jika ianya 30 dan ke atas, anda boleh dikategorikan sebagai obes.

Syarat untuk menggunakan formula pengiraan BMI

  • Usia anda mestilah 18 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 64 tahun.
  • Bagi mereka yang mengandung, formula ini tidak lagi boleh diguna pakai sama sekali.
  • Selain itu, atlet sukan yang aktif juga tidak boleh menggunakan formula BMI ini.

Kekurangan berat dan terlebih berat memberi risiko kepada masalah kesihatan

Tahukah anda bahawa kekurangan berat boleh merisikokan anda untuk menghidapi penyakit seperti penurunan daya tahan tubuh, anemia, kemurungan dan banyak lagi. Manakala bagi yang terlebih berat badan atau obes ianya lebih teruk. Kerana keadaannya seperti itu boleh merisikokan penyakit seperti penyakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kanser, dan juga diabetes.

Bagaimana caranya untuk memiliki berat badan yang ideal?

  • Anda perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat setiap hari. Boleh rujuk piramid makanan Malaysia untuk maklumat lanjut.
  • Cuba seboleh mungkin untuk membuat jadual waktu makan anda sendiri dan tekun mengikutinya.
  • Imbangkan kadar pengambilan makanan anda dengan aktiviti fizikal yang anda lakukan setiap hari.
  • Sebaiknya kurangkan atau elakkan terus makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
  • Rutinkan diri anda untuk melakukan antiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu. Ianya boleh aktiviti seperti berjogging, berbasikal, berenang, atau sukan seperti bola sepak, badminton dan sebagainya.
  • Jika berat badan anda bersumberkan faktor genetik jumpalah doktor yang berkaitan untuk mengenal pasti, mendapat khidmat nasihat, dalam usaha untuk anda memperbetulkannya dengan cara terbaik.
  • Anda juga mesti mahir mengawal psikologi anda seperti stress, anxiety, dan keresahan melampau. Perkara ini sedikit sebanyak mempengaruhi berat badan anda jika ianya berlaku dalam tempoh masa yang lama.

Semoga dengan maklumat, info dan kalkulator bmi yang disediakan disini, sedikit sebanyak bermanfaat bagi anda. Untuk sebarang rujukan kesihatan yang lebih tepat, sila refer kepada doktor dan ahli perubatan yang bertauliah yang berdekatan dengan anda. Sekian, terima kasih.

Kongsikan Post Ini