Hai semua, pada kali ini saya ingin kongsikan tentang hadiah yang sesuai dibawa pada majlis perkahwinan atau lebih tepat untuk diberikan kepada pengantin baru. Saya berharap cadangan saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada anda apa yang patut dibawa semasa memenuhi undangan majlis perkahwinan.
Senarai Hadiah Majlis Perkahwinan
Saya klasifikasikan hadiah dibawah kepada beberapa kategori agar anda mendapat gambaran sendiri tentang apa yang boleh dicari.
Barangan Elektrik Rumah
Barangan elektrik rumah merupakan salah satu hadiah yang popular dan sangat berguna untuk pengantin itu sendiri. Antara yang sesuai adalah periuk nasi elekrik, kettle air panas, dapur gas elektrik, blender, seterika bahkan jika mampu kipas juga boleh.
Hal ini demikian kerana, barangan seperti ini sangat diperlukan oleh mereka yang mahu mendirikan rumah tangga. Disamping dibawa sebagai hadiah, anda niatkan sebagai sedekah juga.
Peralatan Pinggan Mangkuk
Ini memang sedia maklum, hadiah yang boleh dikatakan paling popular dalam banyak-banyak hadiah. Ya betul ini juga penting untuk pengantin selepas kahwin sebagai kelengkapan rumah mereka. Namun, terkadang kerana terlalu banyak menerima hadiah pinggan mangkuk sehingga ianya menjadi terbiar tanpa digunakan. Jadi, jika anda juga berpendapat demikian saya syorkan cuba lihat cadangan yang lain.
Toto atau Selimut Tebal
Hadiah ini tidak kurang popular juga dalam kalangan orang yang menghadiri majlis perkahwinan keluarga atau sahabat handai mereka. Kerana besar, ringan dan senang dibawa sebahagian orang mengambil alternatif dengan membeli toto tebal atau selimut tebal untuk dibawa sebagai hadiah.
Peralatan Solat atau Naskah Al Quran
Ok untuk hadiah ini saya rasa sangat bermanfaat untuk pengantin dan juga anda. Disamping bersedekah, pengantin yang menggunakan sebagai contoh sejadah, telekung sembahyang, atau membaca Al Quran yang anda sedekahkan anda juga akan memperoleh pahala dari apa yang mereka kerjakan. Namun jangan keliru, hadiah lain juga akan mendatangkan pahala yang penting niat anda yang ikhlas bersedekah.
Duit
Ada juga yang tidak sempat untuk mencari hadiah, boleh juga memberikan sedekah duit kepada pengantin untuk kegunaan mereka. Doakan kebaikan buat mereka dan semoga duit yang anda beri itu digunakan ke arah kebaikan.
Hadiah Bajet
Namun, jika anda berada dalam keadaan bajet dan tidak mampu membeli hadiah yang sedikit mahal itu tidak mengapa. Menghadirkan diri ke majlis kesyukuran itu sebenarnya sudah baik. Cuma jika anda inigin idea tentang hadiah kahwin bajet yang sesuai saya senaraikan dibawa:
- Kain pelikat atau batik
- Gula atau susu yang dibungkus
- Buku-Buku agama, atau juga buku motivasi yang sesuai.
- Tuala.
- Kopiah
- Tasbih
Jika anda ingin mencari yang lain, boleh juga telusuri di dalam Shopee kerana disana banyak juga hadiah dengan harga yang murah terutama time sale.
Jaga Adab Semasa Memberi Hadiah
Saya ingin menasihatkan saya, dan anda semua agar menjaga adab dalam memberi hadiah. Usahlah memberi hadiah yang berbentuk prank dan memalikan atau menyusahkan pengantin. Bahkan sebahaginnya merakam perbuatan itu. Bagi saya itu kurang beradab dan tidak dianjurkan sama sekali. Ingatlah, orang berbudi kita berbahasa. Lakukan perkara dengan niat kerana Allah, InsyaAllah ianya berniali ibadah.
Baiklah, itu adalah serba sedikit cadangan hadiah yang saya utarakan untuk anda jika buntu dalam mencari hadiah untuk menghadiri majlis perkahwinan. Beli hadiah jika mampu, dan jika tidak mampu hadir sekurangny anda hadir ke majlis walimah itu sudah baik. Sekian dulu untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.