Selamat datang. Tujuan saya menulis post ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua dengan koleksi lebih 100 jenis teka teki. Teka teki sememangnya akan menguji minda kreatif kita semua. Namun, setelah mengetahui sebahagian jawapan yang agak mencuit hati, kita akan menjadi hilang akan pemikiran stress dan masalah sehari-hari kita. Jadi, ianya secara tidak langsung menjadi “stress reliever” untuk kita semua.
Teka teki merupakan suatu permainan yang menyeronokkan. Ianya akan menguji minda anda ketika anda cuba untuk mencari jawapan bagi teka teki yang diajukan. Anda pastinya pernah buntu dalam mencari jawapan bagi sesuatu teka teki susah kan? Saya pasti, anda pernah mengalaminya. Apapun di post ini saya sediakan anda dengan koleksi teka teki lawak, teka teki lucu, teka teki kelakar, dan teka teki susah yang akan menguji minda anda semua. Teka teki yang dipaparkan merangkumi pelbagai kategori dan topik. Antaranya teka teki buah-buahan, haiwan, kenderaan, makanan, manusia, matematik, tempat, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi.
Teka Teki dan Jawapan
Anda jangan risau. Setiap teka teki yang saya pamerkan di post ini akan disertakan dengan jawapannya sekali. Namun, sebelum anda memilih untuk melihat jawapan, anda bolehlah mencuba untuk menjawab teka teki terlebih dahulu. Setelah anda putus asa dalam mencari jawapan barulah anda boleh klik untuk melihat jawapan yang sebenarnya.
Jika saya, mahu boleh saja saya sembunyikan terus jawapan dan membuat anda semua tertanya-tanya. Namun itu bukanlah tujuan saya. Saya lebih suka kita semua mencuba dan menekan spoiler sendiri untuk hiburan semata-mata. Jom cuba teka teki tersebut di bawah:
1. Dia ada banyak kaki bukan binatang, dia lalu ikut landasan bukan keretapi. Apa bendanya?
Jawapan
2. Bila nak ambil sedikit susah. Namun, bila sudah dapat kita buangnya sahaja. Apakah itu?
Jawapan
3. Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?
Jawapan
4. Anggota badan buaya apakah yang terdapat di darat?
Jawapan
5. Kenapakah hidung lembu berair?
Jawapan
6. Apa yang mahal pada BMW?
Jawapan
7. Kalau kita makan kita berasa, kalau kita tak makan pun kita berasa. Apakah itu?
Jawapan
8. Dalam banyak-banyak sungai, sungai apa yang tiada air?
Jawapan
9. Sungai apa yang paling kurus di dunia?
Jawapan
10. Gajah terbang dengan apa?
Jawapan
11. Dalam banyak-banyak api, api apa yang tidak panas?
Jawapan
12. Dalam banyak-banyak baju, baju apa paling malas?
Jawapan
13. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan
14. Tahu tak, kenapa rumah perlukan air?
Jawapan
15. Apa yang anda lakukan jika melihat orang hijau?
Jawapan
16. Ada seorang pemuda melanggar tiang, dan tiang itu bengkok. Soalannya bengkok kat mana?
Jawapan
17. Binatang apakah yang paling besar dalam dunia?
Jawapan
18. Pokok apa yang apabila manusia nampak dia, terus lari?
Jawapan
Banyak Lagi Teka Teki Lucu dan Jawapannya
Masih tidak cukup dengan teka teki yang disediakan setakat ini? Baiklah saya tambah lebih banyak lagi teka teki lucu, lawak, susah, dan kelakar. Namun untuk kali ini saya terus sediakan jawapan tanpa spoiler untuk memudahkan anda bermain dengan teka teki yang saya sediakan. Jom teruskan:
19. Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?
– Jawapan lain dia salah la.
20. Dalam banyak-banyak kain, kain apa yang paling berat di dunia?
– Kain pelikat cap Gajah Duduk.
21. Dalam batang ada daun, dalam daun ada isi. Apakah ia?
– Lemang.
22. Asal dari ayam, tapi tak sebut ayam?
– Telur tembelang.
23. Banyak kaki tiada tengkuk, tiada kepala tiada ekor?
– Ketam.
24. Sekolah apa yang tak ada murid dan guru?
– Sekolah cuti.
25. Binatang apa yang malas berjalan walaupun mempunyai kaki?
– Katak. Sebab dia melompat.
26. Rumah apa yang banyak guna air?
– Rumah yang terbakar.
27. Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
– Ubat nyamuk.
28. Orang panggil dia lembu, tapi dia bukan lembu. Siapakah dia?
– Gambar lembu.
29. Apakah yang “Jauh di mata, dekat di hati”?
– Usus.
30. Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
– Stone Cold.
31. Didalam banyak-banyak kasut, kasut apakah yang ramai orang cari?
– Kasut yang hilang.
32. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki. Apakah ia?
– Baju.
33. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
– Kereta kebal.
34. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
– Ayam jadi banyak.
35. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
– Donut.
36. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?
– Patah balik.
37. Nenek siapa yang jalannya meloncat-loncat?
– Neneknya si katak.
38. Kuda apa yang tiada kaki?
– Kuda kepang.
39. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
– Kuching, Sarawak.
40. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
– Motor, sebab pakai tongkat.
41. Negara apa kalau dibuang 1 huruf jadi benda, kalau dibuang 2 huruf jadi manusia?
– ITALI. Buang 1 huruf jadi TALI, buang 2 huruf jadi ALI.
42. Kaca pecah, Baling kat mana?
– Baling kat Kedah la.
43. Bagaimanakah caranya menulis tanpa menggunakan pen?
– Gunakan pensil.
44. Ikan apa kalau kita panggil dia berhenti?
– Ikan pause.
45. Di dalam sebuah bas terdapat :
Perempuan hamil – 24 tahun
Pengawal keselamatan – 37 tahun
Lelaki asing – 56 tahun
Pemandu – 68 tahun
Siapakah yang paling muda?
– Bayi kepada perempuan hamil tersebut.
46. Sotong kalau belah dua jadi apa?
– Sotongah.
47. Seorang lelaki membeli kereta berharga RM100,000 namun dia tak perlu membayar satu sen pun. Bagaimana dia melakukan itu?
– Memang la tak perlu bayar satu sen pun, tapi kena bayar RM100,000.
48. Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba. Siapakah dia?
– Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini).
49. Ikan apakah yang tidak mempunyai kepala, ekor, sisik, dan ingsang?
– Bebola ikan.
50. Kenderaan apa yang paling banyak tayar kat dunia ni?
– Kapal kargo bawak tayar.
51. Tujuh orang gadis berteduh didalam sebuah payung. Tetapi, tiada seorang pun di antara mereka yang basah. Bagaimana itu boleh berlaku?
– Kerana hari tidak hujan.
52. Bagaimana cara paling cepat untuk gemuk?
– Masuk ke dalam sarang lebah.
53. Saya seekor burung. Saya boleh berdiri, boleh baring tetapi tidak boleh duduk. Siapakah saya?
– Penguin.
54. Kalau terang dia kecil, kalau gelap dia besar. Apakah ia?
– Anak mata.
55. Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Sarimah. Kenapa?
– Sebab anak dia tu perempuan.
56. Dalam banyak-banyak semut, semut apa yang kalau kita pijak kepala dia, dia tak mati?
– Semut pakai topi keledar.
57. Bagaimana anda tahu carrot itu baik untuk mata anda?
– Sebab arnab tidak pernah pakai cermin mata.
58. Saya boleh melihat, tetapi tidak boleh mendengar. Siapakah saya?
– Mata.
59. Kita tarik semakin jauh, kita hulur semakin dekat. Apakah ia?
– Bendera.
60. Buang isi ambil kulit. Apakah ia?
– Tong sampah.
61. Apakah jenis payung yang kebanyakan orang bawa semasa hari hujan?
– Payung basah.
62. Menghabiskan masa dilantai atau tanah, tetapi tidak pernah kotor. Siapakah dia?
– Bayang-bayang.
63. Duit kalau dilempar jadi apa?
– Rebutan.
64. Perkataan apa yang dieja salah di dalam kamus?
– SALAH.
65. Sudah tua semenjak lahir lagi. Apakah ia?
– Burung kakak tua.
66. Apakah yang terletak ditengah-tengah antara langit dan bumi?
– “DAN”.
67. Kadang-kadang memakai baju lelaki, kadang-kadang pula memakai baju perempuan. Siapakah dia?
– Hanger baju/Pengantung baju.
68. Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang tak boleh tengok matahari?
– Katak di bawah tempurung.
69. Lagi tengok, lagi tinggi. Apakah ia?
– Kening.
70. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengelakkan topi yang dipakai di kepala jatuh?
– Jangan pakai topi.
71. Kalau gunung didaki, daki pula?
– Daki disabun la.
72. Kalau kamu bijak matematik, sila jawab soalan ini 3x + =…?
– Kenyang. 3 kali tambah memang kenyang la.
73. Rambut putih namanya uban, rambut merah namanya dye, kalau rambut hijau namanya?
– Rambutan belum masak.
74. Dilihat dari jauh seperti epal, dilihat dari dekatpun seperti epal, tetapi ianya bukan epal. Jadi apakah itu?
– Gambar epal.
75. John berjalan-jalan di tepi pantai, dia terjumpa duit RM 1 juta dan seekor ikan. Namun John tidak mengambil RM 1 juta, tetapi John mengambil ikan, kenapa John mengambil ikan?
– Sebab John seekor kucing.
76. Makan percuma, minum percuma, bahkan tidur pun percuma. Tetapi peliknya tiada seorang pun sukakan tempat ini. Tempat apakah ini?
– Penjara.
77. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantan?
– Ikan Bakar.
78. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang betina?
– Ikan Patin.
79. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang betina dan jantan?
– Ikan Patin Bakar.
80. Tukang apa yang kalau kita panggil dia, dia tengok kat atas?
– Tukang gali kubur.
81. Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
– Buang tebiat.
82. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tidak dipanggil kereta?
– Teksi.
83. Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya?
– Lampu Isyarat.
84. Semasa pergi dia terbang, semasa balik dia berenang. Siapakah dia?
– Mata kail.
85. Malam dia hidup, siang dia mati. Siapakah dia?
– Ikan. Bila kena siang dia mati la.
86. Bagaimanakah caranya nak lembutkan lembu?
– Tambahkan huruf “T” kat hujung perkataan Lembu, maka jadilah Lembut.
87. Makin dipotong, makin tinggi. Apakah ia?
– Seluar.
88. Kalau bersih dia hitam, kalau kotor dia putih. Apakah ia?
– Papan hitam.
89. Buah apakah yang tiada otak?
– Semua buah tiada otak.
90. Dalam banyak banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
– Kuey Teow (Kuih-Teow).
91. Burger apa yang buat kita gembira?
– Bergembira.
92. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang berwarna hitam?
– Bunga tayar.
93. Jauh macam ambulan, dekat macam doktor. Siapakah dia?
– Nyamuk. Pasal dari jauh dah berbunyi. Bila dah dekat terus suntik.
94. Dalam banyak-banyak rumput, rumput apa yang kambing dan lembu tak makan?
– Mesin rumput.
95. Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?
– Telinga.
96. Tambat dia gemuk, lepas dia kurus. Apakah ia?
– Kelambu.
97. Orang beli saya untuk makan, tetapi mereka tidak pernah makan saya. Siapakah saya?
– Pinggan dan Sudu.
98. Askar putih dalam gua. Apakah itu?
– Gigi.
99. Kolam dikelilingi rumput. Apakah itu?
– Mata.
100. Antara ekor tikus dengan ekor lembu, yang manakah lebih panjang?
– Ekor tikus. Pasal ia cecah tanah/lantai.
101. Ada seorang buta berjalan kaki. Semasa dia berjalan, ada satu lubang depan dia tapi dia boleh elak. Kenapa dia boleh elak?
– Sebab dia buta sebelah mata.
102. Binatang apa yang telurnya saja yang boleh dimakan, tapi tuannya tak boleh?
– Penyu. Telurnya boleh dimakan, namun tidak dirinya.
103. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
– Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Kemaskini Teka Teki
Saya akan cuba yang terbaik untuk sentiasa mengemaskini teka teki di post ini dengan koleksi teka teki terbaru untuk anda. Saya akan kutip teka teki ini dari pelbagai sumber seperti internet dan sebagainya. Jadi, saya berharap anda terhibur dengan semua teka teki yang disediakan di website ini.
Jangan lupa untuk berkongsi teka teki yang didapati di dalam post ini bersama kawan-kawan anda. Uji minda mereka sebelum memberitahu jawapan yang sebenar. Kongsikan juga website teka teki lucu ini di social media yang anda aktif menggunakannya agar semua rakan-rakan anda dapat mencuba teka teki seterusnya mengisi masa lapang mereka. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah ke website saya.