KLT Sorting Centre Kat Mana?

Jika anda datang untuk mencari apakah yang dimaksudkan KLT sorting centre atau dimanakah terletaknya KLT sorting centre maka anda berada di tempat yang betul. Kebiasaan bagi orang yang membeli barang di Shopee yang mana seller menggunakan SPX Express sebagai courier, kemungkinan anda akan menerima status di tracking seperti “Your parcel has arrived at sorting facility: KLT sorting centre”. Hal ini berlaku kebiasaannya bagi pembeli yang berada di Negeri Terengganu dan Kelantan.

Jadi di mana KLT sorting centre?

Pertanyaan ini timbul oleh saya sendiri kerana kebanyakan barang yang saya order banyak menyinggah dan overnight (bermalam) di KLT sorting centre ini satu malam sebelum status tracking bertukar ke “Your parcel has departed from sorting facility”. Jadi, setelah lama saya memerhati, saya membuat andaian bahawa “KLT” berkemungkinan stand for “Kuala Terengganu”. Kerana jika diperhatikan kalau Kelantan yang dimaksudkan,  parcel yang akan ke tempat saya akan terus ke Machang Hub, tetapi sebaliknya bermalam di KLT sorting sorting centre terlebih dahulu.

Walaupun saya belum mengetahui atau berjumpa secara tepat dimana KLT sorting centre ini berada tetapi kemungkinan besar ianya adalah Kuala Terengganu sorting centre.

Parcel tersekat di KLT soting centre?

Walaupun ianya jarang berlaku, namun jika melebihi satu malam saya yakin yang ianya kerana faktor sale yang dianjurkan pihak Shopee yang menyebabkan barang yang perlu dihantar oleh pihak courier ini melebihi kebiasaan. Jangan risau, parcel atau barang anda akan sampai cuma mungkin terkadang sedikit lewat.

Mengikut pengalaman saya, membeli di Shopee itu selamat, cuma terkadang ada barang yang dihantar tertukar atau ada defect, maka anda boleh negotiate dengan seller dan Shopee menjadi orang tengah. Jadi, kemungkinan boleh melalui proses Return/Refund atau sebaliknya. Tergantung keadaan dan budi bicara penjual dan pembeli itu sendiri.

Baiklah itu sahaja yang boleh saya kongsikan tentang maklumat dimana letaknya KLT sorting centre ini. Jika anda beroleh sesuatu yang bermanfaat dari info yang kami kongsi jangan lupa untuk share website kami kepada keluarga dan sahabat handai anda juga. Sekian dari saya, terima kasih.

Kongsikan Post Ini