MKZ Sorting Centre Kat Mana?

Hai semua, saya rasa kemingkunan besar anda singgah ke website kami ini adalah kerana untuk mencari apakah yang dimaksudkan MKZ sorting centre atau dimanakah terletaknya MKZ sorting centre bukan? You,re on the right place. Sebahagian orang yang membeli keperluan di applikasi shopping dalam talian iaitu Shopee, seller biasanya menggunakan SPX Express sebagai kaedah penghantaran barang yang dipesan customer. Jadi, ada kebarangkalian anda akan mendapati kemaskini di tracking seperti “Your parcel has arrived at sorting facility: MKZ sorting centre”.

Jadi di mana MKZ sorting centre?

Persoalan ini mungkin timbul dalam kalangan banyak pelanggan Shopee, kerana sebahagian barang yang mereka order menyinggah dan overnight (bermalam) di MKZ sorting centre ini satu malam sebelum status tracking bertukar ke “Your parcel has departed from sorting facility”. Jadi, setelah lama saya memerhati, saya membuat andaian bahawa “MKZ” berkemungkinan terletak di Melaka. Hasil, dari dapatan dan pemerhatian saya ianya mungkin terletak berhampirah dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Walaupun ianya belum 100% accurate, tapi saya pasti yang MKZ ada hub utama dan terbesar bagi parcel yang ingin masuk atau keluar dari atau ke mana-mana bandar atau kawasan di dalam negeri Melaka.

Parcel tersekat di MKZ soting centre?

Mungkin perkara ini hanya sesekali berlaku, namun jika melebihi satu malam saya yakin yang ianya kerana faktor sale besar besaran yang dijalankan oleh pihak Shopee yang mengakibatkan parcel yang perlu dikirim oleh pihak courier ini melangkau masa kebiasaan. Anda tidak perlu khuatir, barang pesanan anda akan sampai, tapi mungkin memerlukan sedikit lebih masa dek kerana sale tadi.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, membeli di Shopee itu secure, mungkin terkadang ada barang yang diterima tidak sama seperti yang dipesan atau ada sedikit kerosakan, maka kita boleh negotiate dengan seller dengan Shopee menjadi orang tengah. Jadi, kemungkinan boleh melalui proses Return/Refund atau sebaliknya. Semua ini, perlu dilihat pada keadaan dan budi bicara penjual dan pembeli itu sendiri.

Oklah, itu adalah maklumat yang saya ada tentang dimana MKZ sorting centre ini. Jika anda beroleh sesuatu yang baik dari maklumat yang saya kongsi jangan lupa untuk share post ini kepada orang lain juga agar mereka juga mendapat jawapan dari persoalan mereta tentang perkara ini.

Kongsikan Post Ini