Selamat datang. Tujuan saya menulis post ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua dengan koleksi lebih 100 jenis teka teki. Teka teki sememangnya akan menguji minda kreatif kita semua. Namun, setelah mengetahui sebahagian jawapan yang agak mencuit hati, kita akan menjadi hilang akan pemikiran stress dan masalah sehari-hari kita. Jadi, ianya secara tidak langsung menjadi “stress reliever” untuk kita semua.
Teka teki merupakan suatu permainan yang menyeronokkan. Ianya akan menguji minda anda ketika anda cuba untuk mencari jawapan bagi teka teki yang diajukan. Anda pastinya pernah buntu dalam mencari jawapan bagi sesuatu teka teki susah kan? Saya pasti, anda pernah mengalaminya. Apapun di post ini saya sediakan anda dengan koleksi teka teki lawak, teka teki lucu, teka teki kelakar, dan teka teki susah yang akan menguji minda anda semua. Teka teki yang dipaparkan merangkumi pelbagai kategori dan topik. Antaranya teka teki buah-buahan, haiwan, kenderaan, makanan, manusia, matematik, tempat, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi.
Teka Teki dan Jawapan
Anda jangan risau. Setiap teka teki yang saya pamerkan di post ini akan disertakan dengan jawapannya sekali. Namun, sebelum anda memilih untuk melihat jawapan, anda bolehlah mencuba untuk menjawab teka teki terlebih dahulu. Setelah anda putus asa dalam mencari jawapan barulah anda boleh klik untuk melihat jawapan yang sebenarnya.
Jika saya, mahu boleh saja saya sembunyikan terus jawapan dan membuat anda semua tertanya-tanya. Namun itu bukanlah tujuan saya. Saya lebih suka kita semua mencuba dan menekan spoiler sendiri untuk hiburan semata-mata.
Kemaskini Teka Teki
Saya akan cuba yang terbaik untuk sentiasa mengemaskini teka teki di post ini dengan koleksi teka teki terbaru untuk anda. Saya akan kutip teka teki ini dari pelbagai sumber seperti internet dan sebagainya. Jadi, saya berharap anda terhibur dengan semua teka teki yang disediakan di website ini.
Jangan lupa untuk berkongsi teka teki yang didapati di dalam post ini bersama kawan-kawan anda. Uji minda mereka sebelum memberitahu jawapan yang sebenar. Kongsikan juga website teka teki lucu ini di social media yang anda aktif menggunakannya agar semua rakan-rakan anda dapat mencuba teka teki seterusnya mengisi masa lapang mereka. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah ke website saya. Jom cuba teka teki tersebut di bawah: