Baru beberapa minggu yang lalu Honor 90 dan Realme 11 pro + dilancarkan. Ini menjadikan ada 3 pesaing untuk smartphone yang mempunyai camera yang capable namun harga yang boleh dikatakan dalam kategori sederhana.
Honor 90 vs Realme 11 pro+ vs Redmi Note 12 Pro+
Honor 90 (Popular choice)
Pros:
– Memiliki screen antara yang terbaik
untuk tanda harga sekitar RM2k. Ianya juga dilengkapi Risk Free Dimming Eye Protection yang sangat tinggi sehingga 3840hz. Dan peak brightness juga boleh pergi sehingga 1600nits yang mana baik untuk anda yang menggunakan smartphone di luar dan bawah cahaya matahari.
Cons:
– Mono speaker. Ini yang menjadikan mereka yang ingin membeli smartphone ini berfikir 2x. Kerana rata-rata smartphone sekarang walau dengan harga lebih murah sudah memakai stereo speaker.
Realme 11 Pro+ (Premium looking)
Pros:
– Designnya yang sangat unik dengan menggunakan vegan leather di bahagian belakang menyebabkan ianya lain dari yang lain dan terasa kemas dipegang.
– Pengecasan yang lumayan laju iaitu 100watt.
Cons:
– No SD card slot
– Menggunakan mediatek yang sudah di tweak dari versi terdahulu untuk membolehkan penggunaan sensor 200mp.
Redmi Note 12 Pro+ (Cheapest 200mp device)
Pros:
– Merupakan smartphone yang menggunakan sensor 200mp yang termurah di pasaran.
– Masih mengekalkan IR blaster untuk dijadikan sebagai remote tv, kipas, aircond dan sebagainya.
– Berkepupayaan mengecaj dengan kuasa 120watt. Menjadikannya terpantas diantara ketiga-tiga model ini.
Cons:
– Ada yang mendakwa sedikit cepat panas jika penggunaan berterusan.
– Stabilision untuk video recording adalah paling kurang kualiti berbanding dengan 2 model yang lain (mungkin masalah software yang boleh diperbaiki dalam future update).
Kesimpulan
Jadi secara kesimpulannya, ianya tetap terletak pada prioriti utama anda yang mana. Jika anda inginkan smartphone yang mempunyai sensor 200MP namun dengan harga yang agak murah, anda boleh go for Redmi Note 12 Pro +, jika anda inginkan storan besar dan design premium dengan camera yang baik boleh pilih Realme 11 Pro +, dan jika anda inginkan pengalaman screen yang baik, dan camera yang baik juga boleh pilih Honor 90. Itu sahaja perbandingan saya untuk kali ini. Terima kasih.