Shopping di dalam talian sudah menjadi norma baru pada hari ini di dalam negara kita Malaysia. Tidak kiralah barang sekecil alat tulis, sehinggalah barang sebesar mesin basuh, pasti anda yang membelinya di applikasi membeli belah di dalam talian. Antara platform yang paling popular sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah Shopee. Untuk pembelian di Shopee buat masa ini, pembelian tidak boleh memilih mana-mana courier dan ianya telah dipilih secara automatik oleh pihak Shopee. Kebanyakan kita akan mendapat SPX atau Shopee Express sebagai rakan penghantar barang yang kita pesan di sana.
Apapun saya pasti anda yang singgah ke post saya pada kali ini adalah kerana mencari apakah maksudnya DDR sorting centre di dalam maklumat tracking yang dipaparkan atau mungkin juga mencari-cari dimanakah terletaknya DDR sorting centre bukan? Look no further, saya akan jelaskan semuanya disini. Anda pastinya kerap kali membaca kemaskini di tracking anda seperti “Your parcel has arrived at sorting facility: DDR sorting centre”.
Jadi DDR sorting centre di mana?
Timbul pertanyaan ini dalam kalangan kita, adalah disebabkan parcel barang yang akan sampai kepada kita sempat berhenti mungkin sehingga satu malam di DDR sorting centre sehingga status tracking bertukar kepada “Your parcel has departed from sorting facility”. Untuk pengetahuan anda semua, DDR sorting centre adalah bermaksud “Delivery Depot and Redistribution Sorting Centre”. Hasil dari pemerhatian dan carian saya, ianya terletak di Pelabuhan Barat, Port Klang, Selangor.
Saya berpendapat bahawa sorting centre dari Shopee Express ini mungkin yang terbesar di Malaysia. Hal ini demikian kerana kebanyakan barang atau parcel dari serata Malaysia akan menyinggah di DDR sorting centre terlebih dahulu, samaada bermalam atau tidak sebelum berpindah ke sorting centre yang lainnya.
Parcel tersangkut di DDR soting centre?
Perkara ini adalah biasa sahaja dan kebanyakannya cuma satu malam kerana pihak mereka sangat effisien dan berintegrasi baik dengan platform membeli belah Shopee. Walaubagaimanapun jika melebihi satu malam saya pasti ianya berdampak dari sale seperti 11.11 12.12 dan sebagainya yang dijalankan oleh pihak Shopee yang mengakibatkan parcel yang perlu dikirim oleh pihak mereka ini melebihi masa yang sepatutnya. Apapun, anda tidak perlu risau kerana ianya jarang berlaku, dan jika berlaku sekalipun, barang pesanan anda tetap akan sampai, tapi mungkin memerlukan sedikit lebih masa sahaja.
Based on saya punya experience, membuat tempahan di Shopee itu selamat, tetapi tetap ada kes terpencil seperti barang yang sampai adalah tidak sama seperti yang diorder. Boleh jadi juga ada defect. Jika perkara ini berlaku kita boleh negotiate dengan seller dan Shopee. Shopee sendiri akan menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah ini. Tidak mustahil anda perlu melalui step Return/Refund atau seumpama dengannya. Apapun, itu semua tertakluk kepada bagaimana kes barang anda, mungkinkan rosak teruk, atau hilang terus. Jadi disitulah anda boleh bernegotiate antara satu sama lain. Ini perkara biasa sahaja dan saya berharap anda sabar jika perkara ini berlaku kepada anda.
Baiklah, sekadar itu sahaja yang saya boleh kongsikan tentang DDR sorting centre ini. Andai anda mendapat maklumat tepat yang diperlukan berdasarkan perkongsian saya ini don’t forget to share post ini di sosmed anda agar orang lain juga mendapat jawapan yang dicari berkenaan perkara ini.